Wednesday, 13 July 2011

Hanya Kerana Mu Lelaki....

Lelaki....
Barangkali aku yang tersilap
Barangkali jua aku yang tidak waras
Merindui dan mengasehi bayangmu dalam diam...
Untuk esok aku tidak mahu silap lagi
Aku belajar untuk tidak merindui mu lagi
Anggaplah segalanya bak dedaun kering yang gugur ke bumi...
Dan cintaku pun bagai daun itu...
Lelaki...
Telah kuajar diri ini
Untuk tidak menjadi pengemis
Hingga kesaat ini dikau masih membisu seribu bahasa...
Dan aku jadi semakin mengerti
Tentang dirimu...
Malah mulai mengerti diriku sendiri...
Lelaki...
Akulah perempuan yang terluka..
Hanya kerana mu...
Yang berpurnama lalu mengirim kasih dengan perasaanmu.....

No comments:

Post a Comment